Menara Berkembar Petronas
Taman KLCC
Di bawah bangunan ini, terdapat sebuah Taman KLCC seluas 17 ekars (69,000 m²) yang tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak. Suria KLCC ialah salah sebuah pusat beli-belah terbesar di Malaysia.Jejantas
Terdapat sebatang jejantas udara yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia. Jejantas ini tidak dipasang terus pada struktur utama, sebaliknya direka agar berlongsor ke dalam dan luar menara agar tidak patah akibat angin kencang. Jambatan ini terletak 170 metres (558 ka) dari paras tanah dan panjangnya 58 metres (190 ka), dan beratnya 750 tans (750,000 kg). Tingkat 41 dan 42 juga dikenali sebagai podium, kerana para pelawat yang hendak ke tingkat lebih tinggi perlu menukar lif di sini. Jejantas ini terbuka kepada semua pelawat, asalkan mendapat pas percuma yang diberi mengikut resmi siapa dulu dia dapat (terhad kepada 1700 orang sehari). Para pelawat hanya dibenarkan berada di tingkat 41 kerana tingkat 42 hanya dibuka kepada kakitangan penghuni bangunan.
Jejantas ini juga berperanan sebagai peranti keselamatan, yang mana sekiranya terjadinya kebakaran atau kecemasan seumpamanya di satu menara, para penghuninya boleh mengosongkannya dengan menaiki jejantas ke menara yang satu lagi. Kadar pengosongan yang tercetus oleh ancaman bom palsu pada 12 September 2001(sehari selepas tragedi keruntuhan menara berkembar World Trade Centre di Bandaraya New York) menunjukkan bahawa jejantas tersebut tidak berguna sekira kedua-dua bangunan perlu dikosongkan serentak, kerana muatan tangga kecemasan adalah tidak cukup untuk menghadapi kejadian sebegini. Oleh itu, adalah dirancangkan agar lif boleh digunakan sekiranya kedua-dua menara perlu dikosongkan, lantas dijayakan oleh raptai kecemasan yang mengikut rancangan tersebut pada tahun 2005.
Aquaria KLCC
Aquaria KLCC ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC. Meliputi kawasan 60,000 sq ft (6,000 m²) dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara. Juga terdapat pondok maklumat interaktif mengenai pemuliharaan hidupan laut, serta kawasan peruncitan bertema seluas 5,000 sq ft (500 m²).Petrosains
Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini. Petrosains dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya. Pada 16 April 2011 kami sekumpulan telah pergi ke KLCC untuk menjalankan projek kami . Di KLCC kami telah memasuki Petrosains , dan kami diberi harga RM7 seorang .. Didalam Petrosains banyak ilmu yang boleh kita ketahui , terutamanya ilmu sains , ilmu sejarah , ilmu mathematics dan macam macam lagi . Apa yang menariknya lagi , adalah kita boleh kembali ke zaman 100-200 juta tahun dahulu . Petrosains sesuai untuk semua peringkat umur . Selain itu , antara aktiviti yang terdapat dalam petrosains adalah kita dapat merasakan seolah-olah kita menaiki helikopter yang sebenar . Disamping itu , terdapat papan gelongsor yang panjang untuk semua peringkat umur dan ia juga dapat menarik perhatian orang ramai . Papan gelongsor itu bukan sahaja untuk kanak-kanak malahan semua peringkat umur boleh mencuba . Kami juga mempelajari bagaimana gempa bumi boleh terbentuk dan berapa ratus tahun kah dinasour boleh hidup .