Welcome :)

My photo
Tema : Projek membina laman web untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecermelangan pelbagai bidang :)

Budaya dan Warisan

Malaysia juga terkenal dalam bidang muzik. Kini, boleh kita dengar bahawa penyanyi-penyanyi Malaysia seperti Siti Nurhaliza membuat persembahan di luar negara. Penyanyi yang berkebolehan sepertinya akan mengharumkan lagi nama Malaysia dengan lagu-lagu hit. Dapat kita lihat, Malaysia kini terkenal dalam lagu-lagu pada zaman kini iaitu daripada kategori balada, rock dan sebagainya.

Namun, muzik di Malaysia juga terkenal dari segi budaya dan warisan. Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia.

Muzik tradisional ini tercipta bersama tarian mereka sendiri yang mengagumkan mengikut kaum masing-masing. Antaranya ialah :



Mak Yong Melayu
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.


Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.


Zapin
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.


Joget
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.


Tarian Lilin
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.


Silat
Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.


Tarian Singa
Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.


Tarian Naga
Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.


India Bharata Natyam
Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.


Bhangra
Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.

Sabah dan Sarawak


Ngajat
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.


Datun Julud
Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.


Sumazau
Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.


Tarian Buluh
Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.


Orang Asli
Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.

Portugis


Farapeira
Farapeira adalah sebuah tarian pantas yang menghiburkan, seringkali diiringi alat muzik sepert gitar dan tamborin, dan dipersembahkan oleh pasangan penari yang memakai pakaian tradisional Portugis.

Branyo
Tarian Branyo, yang lebih perlahan dan bersopan daripada tarian Farapeira, lebih diminati warga Portugis yang sudah berumur. Penari lelaki yang berpakaian ala koboi dan penari perempuan yang berpakaian baju kebaya tradisional dengan sarong batik, menari dengan perlahan mengikut rentak gendang serta biola.



Antara alat muzik yang digunakan dalam menghasilkan muzik tradisional ini ialah :
Rebana Ubi
Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.


Kompang
Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.


Gambus
Gambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Farsi serta Timur Tengah. Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp).


Sape
Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Bidang Pertanian

Pertanian adalah antara sektor penjanaan ekonomi negara,Tun Abdullah Badawi meletakkan usaha untuk membangunkan industri pertanian secara besar-besaran supaya pertanian di negara ini terus maju.

Padi merupakan petanian terbesar diMalaysia dan salah satu cara untuk meningkatkan pengeluaran padi adalah dengan menggabungkan semua ladang sawah di bawah 'satu bumbung'.

Selain itu,golongan petani di seluruh negara perlu didedahkan dengan teknik penanaman yang lebih moden,berdaya saing dan mampu menghasilkan beras dalam kuantitit yang banyak pada setiap musim.Para petani wajar disokong dengan peralatan mesin dan jentera penanaman yang lebih canggih.

Disamping itu,semua agensi sama ada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri yang terlibat dalam industri pertanian,mestilah mengadakan kajian,proses pembangunan dan penyelidikan padi.Kecermelangan ini dapat berperanan sebagai mekanisme bekalan sumber makanan negara tanpa perlu bergantung pada negara luar.

Bidang Ekonomi

Kedudukan dagangan yang menokok sebanyak 6.8 peratus pada tahun 2008 berbanding dengan tahun sebelumnya menggambarkan keyakinan dan keutuhan pasaran terhadap produk Malaysia.

Kecemerlangan Malaysia dalam paparan eksport memberikan beberapa sebab konotasi kebanggaan yang perlu dihayati.Sekiranya penerimaan positif dunia terhadap jualan daripada produk Malaysia berterusan,produksi negara ke negara luar akan memberikan kekuatan kepada negara untuk berhadapan dengan wabak kemelesetan ekonomi.


Negara pengimport produk keluaran Malaysia meliputi negara maju seperti Amerika Syarikat(AS),Australia,Jepun dan negara lain.Mereka juga merupakan pengeksport terbesar negara.


Kecemerlangan yang ditonjolkan oleh kerajaan pastinya memberikan keyakinan untuk lonjakan mega Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020 akan terungkai jika perlaksanaan "pakej-pakej ekonomi kerajaan".

Institusi Pendidikan

Universiti - Universiti Di Malaysia

Berikut merupakan senarai universiti dan kolej universiti di Malaysia.

Universiti awam

  1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
  2. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
  9. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
  11. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
  12. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (dulu KUSZA)
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
  16. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
  19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)
  20. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan

Universiti swasta

  1. Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Kedah
  2. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur
  3. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor
  4. Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor
  5. Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor (dulu KUTPM)
  6. Universiti Multimedia (MMU), Selangor
  7. Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur
  8. Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak (dulu ITP)
  9. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
  10. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Selangor
  11. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor
  12. Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur
  13. Universiti Industri Selangor (UNISEL), Selangor
  14. Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang
  15. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor 
  16. Universiti Antarabangsa Al-Bukhari, Johor

Universiti luar negara, kampus Malaysia

  1. Universiti Teknologi Curtin, Sarawak
  2. Universiti Monash Malaysia, Selangor
  3. Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak
  4. Universiti Nottingham Malaysia, Kuala Lumpur

Bidang Perubatan



Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.

Bidang seperti ini adalah luas dan tenaga pekerja dalam bidang ini amat diperlukan di seluruh dunia. Sokongan daripada kerajaan juga telah membantu kajayaan dalam bidang tersebut. kebanyakan negara juga telah mengakui kehebatan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang profesional.

Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan.

Caj perubatan dan kos penginapan hospital di sini amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia. Sebagai contoh, kos pembedahan pemintasan jantung (CABG) lazimnya adalah di antara USD6,000 hingga USD7,000.

Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI. Pakar perubatan di sini terdiri dari para profesional yang mempunyai kelayakan bertaraf antarabangsa dan dibantu oleh kakitangan separa-perubatan yang terlatih.

Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat sepenuh masa. Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi, dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangkamasa panjang menjadi pilihan menarik bagi pelawat asing.

Namun demikian, perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah!

Bidang Pelancongan

Menghirup udara segar,berjalan di persisiran pantai sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan menanti lewat petang menjelma untuk menyaksikan matahari terbenam. Semua ini dapat anda nikmati di Malaysia negara aman dan makmur. Sektor pelancongan di negara ini telah diiktiraf sebagai pusat industri yang terbaik di Asia Tenggara. Walaupun ada yang menyatakan rasa kebimbangan tentang penurunan pendapatan mereka dalam sektor ini sehingga 30-40% pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas, ini masih boleh dibanggakan dengan kedudukan Malaysia dalam 'Top 5' di Asia Tenggara.



Selain itu, kempen-kempen perlancongan domestik untuk meneruskan kecemerlangan Malaysia dalam bidang ini adalah seperti kempen 'zoom!Malaysia' yang dipromosikan oleh pihak Tourism Malaysia harus dimanfaatkan sepenuhnya. Pada tahun ini kerajaan Malaysia telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi mempromosikan kempen 'zoom!Malaysia' ini.

Tambahan, banyak kelainan dan keunikan di Malaysia yang telah menjadikan Malaysia cemerlang dalam bidang ini. Kecemerlangan ini tidak lagi boleh disangkal dan telah menjadi kecemburuan negara lain. Kami berharap dan berdoa agar hari-hari mendatang bakal menjadikan industri perlancongan kita terus maju dan cemerlang di mata dunia.

Mercu Tanda Malaysia

Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur , Malaysia ialah sepasang Menara Berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara kembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Banggunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).

Taman KLCC

Di bawah bangunan ini, terdapat sebuah Taman KLCC seluas 17 ekars (69,000 m²) yang tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak. Suria KLCC ialah salah sebuah pusat beli-belah terbesar di Malaysia.


Jejantas

Terdapat sebatang jejantas udara yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia. Jejantas ini tidak dipasang terus pada struktur utama, sebaliknya direka agar berlongsor ke dalam dan luar menara agar tidak patah akibat angin kencang. Jambatan ini terletak 170 metres (558 ka) dari paras tanah dan panjangnya 58 metres (190 ka), dan beratnya 750 tans (750,000 kg). Tingkat 41 dan 42 juga dikenali sebagai podium, kerana para pelawat yang hendak ke tingkat lebih tinggi perlu menukar lif di sini. Jejantas ini terbuka kepada semua pelawat, asalkan mendapat pas percuma yang diberi mengikut resmi siapa dulu dia dapat (terhad kepada 1700 orang sehari). Para pelawat hanya dibenarkan berada di tingkat 41 kerana tingkat 42 hanya dibuka kepada kakitangan penghuni bangunan.
Jejantas ini juga berperanan sebagai peranti keselamatan, yang mana sekiranya terjadinya kebakaran atau kecemasan seumpamanya di satu menara, para penghuninya boleh mengosongkannya dengan menaiki jejantas ke menara yang satu lagi. Kadar pengosongan yang tercetus oleh ancaman bom palsu pada 12 September 2001(sehari selepas tragedi keruntuhan menara berkembar World Trade Centre di Bandaraya New York) menunjukkan bahawa jejantas tersebut tidak berguna sekira kedua-dua bangunan perlu dikosongkan serentak, kerana muatan tangga kecemasan adalah tidak cukup untuk menghadapi kejadian sebegini. Oleh itu, adalah dirancangkan agar lif boleh digunakan sekiranya kedua-dua menara perlu dikosongkan, lantas dijayakan oleh raptai kecemasan yang mengikut rancangan tersebut pada tahun 2005.

Aquaria KLCC

Aquaria KLCC ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC. Meliputi kawasan 60,000 sq ft (6,000 m²) dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara. Juga terdapat pondok maklumat interaktif mengenai pemuliharaan hidupan laut, serta kawasan peruncitan bertema seluas 5,000 sq ft (500 m²).


Petrosains 

 Pusat Petrosains Petronas terletak di tingkat empat Suria KLCC dan menumpu pada industri penggalian minyak di Malaysia. Kanak-kanak digalakkan mengunjungi pusat ini. Petrosains dikenali dengan laluan Dark Ride, Flight Simulators dan Adventure, serta bahagian Molecular Magic, Geotime Formation dan Petrojaya. Pada 16 April 2011 kami sekumpulan telah pergi ke KLCC untuk menjalankan projek kami . Di KLCC kami telah memasuki Petrosains , dan kami diberi harga RM7 seorang .. Didalam Petrosains banyak ilmu yang boleh kita ketahui , terutamanya ilmu sains , ilmu sejarah , ilmu mathematics dan macam macam lagi . Apa yang menariknya lagi , adalah kita boleh kembali ke zaman 100-200 juta tahun dahulu . Petrosains sesuai untuk semua peringkat umur . Selain itu , antara aktiviti yang terdapat dalam petrosains adalah kita dapat merasakan seolah-olah kita menaiki helikopter yang sebenar . Disamping itu , terdapat papan gelongsor yang panjang untuk semua peringkat umur dan ia juga dapat menarik perhatian orang ramai . Papan gelongsor itu bukan sahaja untuk kanak-kanak malahan semua peringkat umur boleh mencuba . Kami juga mempelajari bagaimana gempa bumi boleh terbentuk dan berapa ratus tahun kah dinasour boleh hidup .

Pengenalan .

Blog  ini ditubuhkan oleh kami enam orang , pelajar SMK SAAS Kajang untuk melaksanakan Projek Khidmat Masyarakat Sivik . Blog ini ditubuhkan untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara cemerlang dalam pelbagai bidang . Antara bidang yang berjaya menaikkan nama Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam pelbagai bidang ialah di Malaysia mempunyai mercu tanda iaitu KLCC atau nama saintifiknya Menara Berkembar Petronas . Selain itu , Putrajaya juga tidak asing lagi , kerana di Putrajaya terdapat Masjid Besi . Banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Malaysia . Untuk yang seterusnya , kami akan terakan di laman web kami .